Saturday, 26 March 2016

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN II - PINDAAN TARIKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar-pelajar PISMP-PJJ (PPG) semester 8 yang dihormati sekalian.

Dimaklumkan bahawa tarikh Seminar Kajian Tindakan telah dipinda dari 8 dan 9 April 2016 ke tarikh baru mengikut kumpulan seperti berikut.

KUMPULAN SAINS (8E), MUZIK (8F), MATEMATIK (8C) dan (8D):

Tarikh  :  11 April 2016

Hari  :  Isnin

Masa  :  7.30 pagi hingga 5.30 petang

Tempat  :  Seperti dilampirkan.

Kumpulan :  SAINS 8E   Tempat :  Makmal Biologi

Kumpulan :  MUZIK 8F  Tempat :  Makmal Bestari

Kumpulan :  MATEMATIK C dan D  Tempat : Bilik Jaminan Kualiti

__________________________________________________________

KUMPULAN BAHASA CINA (8A), BAHASA TAMIL (8B), TESL (8G)

MATEMATIK (8C) dan (8D)


Tarikh  :  12 April 2016

Hari  :  Selasa

Masa  :  7.30 pagi hingga 5.30 petang

Tempat  :  Seperti dilampirkan

Kumpulan :  BAHASA CINA (8A)  Tempat : Bilik Mikro

Kumpulan :  BAHASA TAMIL (8B)  Tempat  :  Makmal Bestari

Kumpulan :  TESL (8G)  Tempat : Bilik KKA

__________________________________________________________


Surat kepada Guru Besar/PPD/JPN berserta jadual rasmi akan dikeluarkan untuk pelajar-pelajar panjangkan kepada yang berkenaan.

Adalah diingatkan kepada pelajar-pelajar untuk menyerahkan artikel kajian kepada Penilai 1 dan Penilai 2 selewat-lewatnya seminggu sebelum pembentangan dalam seminar.  Ini bermakna pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan artikel berkenaan pada atau sebelum 4 April 2016.

Pelajar-pelajar juga diingatkan agar segera membuat pemurnian/penambahbaikan kajian sebaik sahaja tamat pembentangan.

Kajian yang telah ditambahbaik hendaklah dijilid kulit keras mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak IPGM (rujuk pensyarah masing-masing atau Schoology untuk format tersebut).  Naskhah kajian yang telah dijilid kulit keras hendaklah diserahkan kepada penama-penama berikut SELEWAT-LEWATNYA SEMINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN, iaitu pada atau sebelum 2 Mei 2016.

1.  Pensyarah Penyelia - 1 naskhah
2.  Penyelaras PISMP-PJJ (PPG) - 1 naskhah
3.  Ketua Unit Pusat Sumber - 1 naskhah

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.


Dr. Hjh. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PJJ (PPG)
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani, Kedah
Tel: 019-4449969
E-Mel: rozana@ipsah.edu.my

Sunday, 21 February 2016

BENGKEL PENULISAN ARTIKEL - PELAJAR SAINS PENDIDIKAN RENDAH SEMESTER 7 DAN 8

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar-pelajar PISMP-PJJ (PPG) semester 7 dan 8 yang dihormati sekalian.

Khusus kepada pelajar PPG opsyen SAINS PENDIDIKAN RENDAH Semester 7 dan Semester 8.

Jabatan Sains akan mengadakan satu BENGKEL PENULISAN ARTIKEL seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :  25hb Februari 2016 (Khamis)

Masa  :  7.30 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat  :  Makmal Biologi


Adalah dimaklumkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat bahawa kehadiran dalam bengkel ini adalah WAJIB.

Surat kebenaran daripada Guru Besar / PPD / JPN boleh dimuat turun dari Schoology atau laman web jadual waktu PPG.

Sekian, terima kasih.


Dr. Hjh. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PJJ (PPG)
IPGKSAH
Tel: 019-4449969
Emel : rozana@ipsah.edu.my

Monday, 4 January 2016

JADUAL INTERAKSI SESI JAN/JUN 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pelajar PISMP-PPG (PJJ) Semester 7 dan 8 yang dihormati sekalian.

Dimaklumkan bahawa jadual interaksi bagi sesi Jan - Jun 2016 telah boleh dicapai melalui laman web www.jiaoliuzhan.com mulai 4 Januari 2016.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.


Dr. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PPG (PJJ)
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani, Kedah

Tel : 019-4449969
Emel : rozana@ipsah.edu.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar-pelajar PISMP-PPG (PJJ) Sem 7 dan 8 yang dihormati sekalian.

Dimaklumkan bahawa Taklimat Pengurusan bersama pelajar PISMP-PPG (PJJ) semester 7 dan 8 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :  9 Januari 2016
Masa  :  7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat :  Dewan Al-Bukhari, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Kehadiran SEMUA pelajar PISMP-PPG (PJJ) adalah wajib.

Sekian, terima kasih.


Dr. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PPG (PJJ)
IPGKSAH
Tel : 019-4449969
Emel : rozana@ipsah.edu.my

Tuesday, 11 August 2015

PERINGATAN : BIG PELAJAR SEMESTER 7 (KOHORT 3) AMBILAN KHAS FEB 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pelajar PISMP-PJJ yang dihormati.

PERINGATAN kepada semua pelajar Semester 7 (Kohort 3) Ambilan Feb 2013

Program Bina Insan Guru (BIG) akan diadakan pada hari Sabtu 15 Ogos 2015 seperti yang telah dijadualkan.

Sila rujuk jadual interaksi bagi Semester Jun-Nov 2015.

Kehadiran dalam program BIG ini adalah WAJIB. Tindakan disiplin boleh diambil ke atas pelajar yang gagal menghadirkan diri tanpa sebab.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

Dr. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PJJ
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani, Kedah.
Tel: 019-4449969
Emel; rozana@ipsah.edu.my

KURSUS PENULISAN ARTIKEL (PENYELIDIKAN TINDAKAN) UNTUK SEMUA PELAJAR SEM 8 (KOHORT 2) AMBILAN FEBRUARI 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pelajar PISMP-PJJ yang dihormati.

Khas untuk SEMUA pelajar Semester 8 (Kohort 2) Ambilan Feb 2012.


Dimaklumkan bahawa pihak IPG Kampus Sultan Abdul Halim di bawah kelolaan Jabatan Sains akan mengadakan kursus berkaitan penulisan artikel khusus untuk Penyelidikan Tindakan seperti ketetapan berikut:


Nama Kursus   :   Penulisan Artikel
Tarikh           :    15 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa             :    8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat         :    Dewan Munsyi


Kehadiran pelajar ke kursus ini adalah diwajibkan.

Ketua kumpulan sila uruskan kehadiran pelajar kumpulan anda.

Surat panggilan dan jadual pelaksaan kursus boleh dicapai melalui www.jiaoliuzhan.com. mulai hari Rabu 12 Ogos 2015.

Sekian, harap maklum


Terima kasih.


Dr. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PJJ
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani, Kedah.
Tel: 019-4449969
Emel: rozana@ipsah.edu.my

Saturday, 4 July 2015

PROGRAM BERSAMA PELAJAR PISMP-PJJ (PPG) KOHORT 2 - AMBILAN FEB 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia pelajar-pelajar PPG Kohort 2 (Ambilan Feb 2012) yang dihormati sekalian.

Semester ini merupakan semester terakhir kepada anda.

Sehubungan itu, pihak IPG Kampus Sultan Abdul Halim akan mengadakan Program Bersama Pelajar PISMP-PJJ (PPG) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Julai 2015
Masa   :  7.30 pagi - 1.30 tengahari
Tempat: Dewan Munsyi

Secara tentatif, aturcara program adalah seperti berikut:

7.30 pagi - 8.00 pagi   : Pelajar mengambil tempat

8.00 pagi - 9.00 pagi   : Pengurusan Hal Ehwal Pelajar  (En. Ahmad Nadri - KJ HEP)

9.00 pagi - 10.00 pagi : Syarat Penganugerahan Ijazah IPG KPM (En. Zakaria Saad - KUPP)

10.00 pagi - 10.30 pagi : REHAT

10.30 pagi - 11.30 pagi : Pelaksanaan Internship Bagi PISMP-PJJ (PPG) IPGM
(Tn Hj Mohd Noor Ahmad - KU Praktikum)

*11.30 pagi - 1.30 tghri : Persediaan Akreditasi Penuh PISMP-PJJ (PPG) oleh Agensi Kelayakan Malaysia  (Dr. Shamshun Nisa - Penyelaras MQF)

* Nota : Slot pada jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengahari hanya untuk Pelajar dari Kumpulan berikut: BCN D,  BCN E, BTM F, BTM G.

                               

Surat pelepasan daripada sekolah akan dimuat naik selewat-lewatnya hari Selasa, 7 Julai 2015.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.


Dr. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PJJ (PPG)
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Emel : rozana@ipsah.edu.my
Hp : 019-4449969

Wednesday, 1 July 2015

JADUAL WAKTU INTERAKSI JUN-NOV 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera pelajar-pelajar PISMP-PJJ (PPG) Kohort 2, 3 dan 4 yang dihormati sekelian.

Selamat kembali ke IPGKSAH.

Interaksi pertama akan bermula pada hari Sabtu ini, 4 Julai 2015.

Dimaklumkan bahawa Jadual Waktu Interaksi bagi setiap kohort telah sedia.  Pelajar sekalian boleh memuat turun Jadual Waktu Interaksi kelas masing-masing melalui portal jadual waktu PPG di alamat www.jiaoliuzhan.com

Sekian, terima kasih.


Dr. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PJJ (PPG)
IPGK Sultan Abdul Halim
Emel:rozana@ipsah.edu.my
Tel (hp): 019-4449969

Wednesday, 3 June 2015

TARIKH INTERAKSI SESI AKADEMIK JUN - NOV 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pelajar PISMP-PJJ (PPG)
Kohort 2 (Ambilan Feb 2012 - Sem 8)
Kohort 3 (Ambilan Khas Feb 2013 - Sem 7)
Kohort 4 (Ambilan Khas Mac 2014 - Sem 6)

Berikut adalah tarikh interaksi bagi sesi akademik Jun - November 2015:

Interaksi 1 :  04 Julai 2015
Interaksi 2 :  08 Ogos 2015
Interaksi 3 :  29 Ogos 2015
Interaksi 4 :  12 September 2015
Interaksi 5 :  17 Oktober 2015


Muat turun jadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.


Dr. ROZANA BINTI ABDUL RAHIM
Penyelaras PISMP-PJJ (PPG)
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani.
Tel: 019-4449969
Emel: rozana@ipsah.edu.my

JADUAL PEPERIKSAAN SEMULA EDU3093 (GURU DAN CABARAN SEMASA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pelajar PISMP-PJJ (PPG) Kohort 1 Ambilan Jun 2011 (Semester 8) yang dihormati.

Dimaklumkan bahawa peperiksaan semula kursus EDU3093 (Guru dan Cabaran Semasa) akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh :  20 Jun 2016 (Sabtu)

Masa  :  8.15 pagi - 10.45 pagi

Tempat : Sila rujuk jadual peperiksaan dari blog uppipgksah mulai 8 Jun 2015.


Sekian, harap maklum.

Terima kasih.


Dr. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PJJ (PPG)
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani.
Tel: 019-4449969
Emel: rozana@ipsah.edu.my

Monday, 25 May 2015

MAKLUMAN AWAL : PEPERIKSAAN SEMULA EDU 3093


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pelajar PISMP-PJJ (PPG) Kohort 1 Ambilan Jun 2011.

Sebagai makluman awal kepada semua pelajar PISMP-PJJ (PPG) Kohort 1, pihak IPG Kampus Sultan Abdul Halim melalui Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGKSAH telah dimaklumkan secara lisan oleh Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat IPGM pada 25 Mei 2015 bahawa terdapat kebocoran soalan bagi kursus Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3093) yang telah ditadbirkan pada hari Sabtu 23 Mei 2015.

Sehubungan itu, pihak IPGM telah memutuskan untuk mentadbir semula peperiksaan bagi kursus EDU 3093 seperti ketetapan berikut:

                                                                Tarikh : 20 Jun 2015

                                                                Hari : Sabtu

Masa dan tempat akan dimaklumkan dari masa ke masa oleh Unit Peperiksaan setelah jadual disediakan.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara ini akan dimaklumkan kepada pelajar dari masa ke masa melalui Penyelaras PISMP-PJJ (PPG) melalui blog ini.

Peperiksaan semula kursus EDU 3093 ini melibatkan SEMUA pelajar PISMP-PJJ (PPG) Kohort 1 (Ambilan Jun 2011) yang layak menduduki peperiksaan.

Pelajar yang menduduki peperiksaan ulangan atau ulangan khas TIDAK terlibat dengan peperiksaan semula ini.


Sekian, harap maklum


Terima kasih.




Dr. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PJJ (PPG)
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sg Petani.
Tel: 019-4449969
Emel: rozana@ipsah.edu.my

Tuesday, 12 May 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semua pelajar PISMP-PJJ (PPG) Kohort 1, Kohort 2, Kohort 3 (Ambilan Khas 2013) dan Kohort 4 (Ambilan Khas 2014)

Selamat menduduki peperiksaan Mei 2015, semoga beroleh keputusan cemerlang.

Cuti semester pertama bakal tiba tidak lama lagi.  Selamat bercuti kepada para pelajar sekalian.

Makluman dan tindakan kepada semua pelajar PISMP-PJJ yang berhasrat membuat lawatan ke luar negara semasa cuti:

Selain memohon keizinan daripada organisasi tempat anda berkhidmat, anda juga perlu memohon keizinan daripada Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim sebelum membuat lawatan.

Sekiranya permohonan keizinan tidak dikemukakan kepada Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim, maka risiko adalah tanggungan anda sendiri, pihak IPGK tidak akan bertanggung jawab ke atas anda sekiranya timbul sebarang kesulitan semasa/dalam tempoh lawatan tersebut.

(Mengerjakan umrah juga termasuk dalam kategori lawatan ke luar negara).


Sekian, harap maklum.


Terima kasih.




Dr. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PJJ (PPG)
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani, Kedah.

H/P: 019-4449969
Emel : rozana@ipsah.edu.my

Wednesday, 6 May 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semua pelajar PISMP-PJJ  Matematik Pendidikan Rendah

Kohort 1, Kohort 2, Kohort 3 dan Kohort 4


Jabatan Matematik akan mengadakan Bengkel Intensif Matematik bagi semua pelajar PISMP-PJJ opsyen Matematik seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :  9 Mei 2015

Hari      :  Sabtu

Masa     :  8.00 pagi hingga 1.00 tengahri

Tempat  :  Kohort 1  :  Dewan Al-Bukhari

                 Kohort 2  :  Makmal Ilmu

                 Kohort 3  :  Makmal Bestari

                 Kohort 4  :  Bilik Ketua Jabatan Matematik

Jadual pelaksanaan bengkel boleh dimuat turun dari portal jadual waktu PPG (www.jiaoliuzhan) mulai 7 Mei 2015.  Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn. Zainab Bee bt Hamid, Jabatan Matematik.


Sekian, terima kasih.



Dr. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PJJ
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Tel: 019-4449969
emel: rozana@ipsah.edu.my