Tuesday 12 May 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semua pelajar PISMP-PJJ (PPG) Kohort 1, Kohort 2, Kohort 3 (Ambilan Khas 2013) dan Kohort 4 (Ambilan Khas 2014)

Selamat menduduki peperiksaan Mei 2015, semoga beroleh keputusan cemerlang.

Cuti semester pertama bakal tiba tidak lama lagi.  Selamat bercuti kepada para pelajar sekalian.

Makluman dan tindakan kepada semua pelajar PISMP-PJJ yang berhasrat membuat lawatan ke luar negara semasa cuti:

Selain memohon keizinan daripada organisasi tempat anda berkhidmat, anda juga perlu memohon keizinan daripada Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim sebelum membuat lawatan.

Sekiranya permohonan keizinan tidak dikemukakan kepada Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim, maka risiko adalah tanggungan anda sendiri, pihak IPGK tidak akan bertanggung jawab ke atas anda sekiranya timbul sebarang kesulitan semasa/dalam tempoh lawatan tersebut.

(Mengerjakan umrah juga termasuk dalam kategori lawatan ke luar negara).


Sekian, harap maklum.


Terima kasih.




Dr. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PJJ (PPG)
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani, Kedah.

H/P: 019-4449969
Emel : rozana@ipsah.edu.my