Saturday 26 March 2016

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN II - PINDAAN TARIKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar-pelajar PISMP-PJJ (PPG) semester 8 yang dihormati sekalian.

Dimaklumkan bahawa tarikh Seminar Kajian Tindakan telah dipinda dari 8 dan 9 April 2016 ke tarikh baru mengikut kumpulan seperti berikut.

KUMPULAN SAINS (8E), MUZIK (8F), MATEMATIK (8C) dan (8D):

Tarikh  :  11 April 2016

Hari  :  Isnin

Masa  :  7.30 pagi hingga 5.30 petang

Tempat  :  Seperti dilampirkan.

Kumpulan :  SAINS 8E   Tempat :  Makmal Biologi

Kumpulan :  MUZIK 8F  Tempat :  Makmal Bestari

Kumpulan :  MATEMATIK C dan D  Tempat : Bilik Jaminan Kualiti

__________________________________________________________

KUMPULAN BAHASA CINA (8A), BAHASA TAMIL (8B), TESL (8G)

MATEMATIK (8C) dan (8D)


Tarikh  :  12 April 2016

Hari  :  Selasa

Masa  :  7.30 pagi hingga 5.30 petang

Tempat  :  Seperti dilampirkan

Kumpulan :  BAHASA CINA (8A)  Tempat : Bilik Mikro

Kumpulan :  BAHASA TAMIL (8B)  Tempat  :  Makmal Bestari

Kumpulan :  TESL (8G)  Tempat : Bilik KKA

__________________________________________________________


Surat kepada Guru Besar/PPD/JPN berserta jadual rasmi akan dikeluarkan untuk pelajar-pelajar panjangkan kepada yang berkenaan.

Adalah diingatkan kepada pelajar-pelajar untuk menyerahkan artikel kajian kepada Penilai 1 dan Penilai 2 selewat-lewatnya seminggu sebelum pembentangan dalam seminar.  Ini bermakna pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan artikel berkenaan pada atau sebelum 4 April 2016.

Pelajar-pelajar juga diingatkan agar segera membuat pemurnian/penambahbaikan kajian sebaik sahaja tamat pembentangan.

Kajian yang telah ditambahbaik hendaklah dijilid kulit keras mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak IPGM (rujuk pensyarah masing-masing atau Schoology untuk format tersebut).  Naskhah kajian yang telah dijilid kulit keras hendaklah diserahkan kepada penama-penama berikut SELEWAT-LEWATNYA SEMINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN, iaitu pada atau sebelum 2 Mei 2016.

1.  Pensyarah Penyelia - 1 naskhah
2.  Penyelaras PISMP-PJJ (PPG) - 1 naskhah
3.  Ketua Unit Pusat Sumber - 1 naskhah

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.


Dr. Hjh. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PJJ (PPG)
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani, Kedah
Tel: 019-4449969
E-Mel: rozana@ipsah.edu.my