Monday 25 May 2015

MAKLUMAN AWAL : PEPERIKSAAN SEMULA EDU 3093


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pelajar PISMP-PJJ (PPG) Kohort 1 Ambilan Jun 2011.

Sebagai makluman awal kepada semua pelajar PISMP-PJJ (PPG) Kohort 1, pihak IPG Kampus Sultan Abdul Halim melalui Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGKSAH telah dimaklumkan secara lisan oleh Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat IPGM pada 25 Mei 2015 bahawa terdapat kebocoran soalan bagi kursus Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3093) yang telah ditadbirkan pada hari Sabtu 23 Mei 2015.

Sehubungan itu, pihak IPGM telah memutuskan untuk mentadbir semula peperiksaan bagi kursus EDU 3093 seperti ketetapan berikut:

                                                                Tarikh : 20 Jun 2015

                                                                Hari : Sabtu

Masa dan tempat akan dimaklumkan dari masa ke masa oleh Unit Peperiksaan setelah jadual disediakan.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara ini akan dimaklumkan kepada pelajar dari masa ke masa melalui Penyelaras PISMP-PJJ (PPG) melalui blog ini.

Peperiksaan semula kursus EDU 3093 ini melibatkan SEMUA pelajar PISMP-PJJ (PPG) Kohort 1 (Ambilan Jun 2011) yang layak menduduki peperiksaan.

Pelajar yang menduduki peperiksaan ulangan atau ulangan khas TIDAK terlibat dengan peperiksaan semula ini.


Sekian, harap maklum


Terima kasih.




Dr. Rozana binti Abdul Rahim
Penyelaras PISMP-PJJ (PPG)
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sg Petani.
Tel: 019-4449969
Emel: rozana@ipsah.edu.my