Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semua Pelajar PISMP-PJJ (PPG) Kohort 1 yang saya hormati
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP-PJJ Ambilan Jun 2011 akan diadakan mulai 12 April hingga 16 April 2015 bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah.
Jadual pembentangan serta surat permohonan pelepasan bertugas telah boleh dimuat turun melalui portal jadual waktu PPG mulai 7 April 2015. Adalah diingatkan bahawa pelajar perlu melaksanakan seminar ini selama sekurang-kurangnya 12 jam sepanjang tempoh seminar (minima 6 jam sehari).
Bersama ini disertakan panduan am pelaksanaan seminar untuk tindakan pelajar:
1. Pelajar perlu menyediakan ringkasan laporan kajian untuk diserahkan kepada pensyarah penilai sekurang-kurangnya dua hari sebelum pembentangan.
2. Pembentang diberikan masa 15-20 minit untuk membentang hasil penyelidikan dalam bentuk 'powerpoint'.
3. Pelajar yang telah selesai dengan pembentangan, diperlukan membuat pembetulan dan penyemakan berdasarkan pandangan/komen yang diberikan oleh pensyarah penilai.
4. Pelajar dikehendaki menyerahkan laporan yang telah dijilidkan sekurang-kurangnya satu minggu sebelum peperiksaan semester 8 bermula.
Sekian, terima kasih.
IPGKSAH
HP: 019-4449969
E-MAIL: rozana@ipsah.edu.my
