Monday, 19 August 2013

PERTUKARAN PUSAT PENGAJIAN BAGI PESERTA-PESERTA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Guru-guru PPG yang saya hormati,

Merujuk surat Rektor IPGM KPM:  KP(IPG) 8585/600/1/14/2 /Jld 7 (1) bertarikh: 5 Ogos 2013 memaklumkan bahawa:

i)  Pertukaran pusat pengajian bagi semua kumpulan peserta PPG adalah tidak digalakkan kerana Elektif I telah pun bermula pada Semester 3,4,5 dan 6 manakala Elektif II bermula pada Semester 5,6,7 dan 8.

ii) Sekiranya elektif yang ditawarkan di IPGK yang dipohon tidak sama dengan elektif yang sedang diikuti peserta, hal ini akan menimbulkan kesulitan bagi SHEPHL untuk memohon kelulusan daripada Mesyuarat Senat. Di samping itu terdapat implikasi dari segi pengiktirafan dan penganugerahan ijazah.

iii)  Jika peserta bersetuju untuk menukar elektif sekiranya diluluskan oleh Mesyuarat Senat, peserta perlu mengulang semula subjek elektif. Ini akan membebankan peserta dari segi kerja kursus dan bilangan kertas yang akan diambil untuk peperiksaan.

iv)  Permohonan pertukaran pusat pengajian oleh pelajar wajib melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGK supaya data-data pelajar dalam Sistem Pengurusan Kampus dapat diselaraskan (jika perlu). Surat permohonan pertukaran pusat pengajian tanpa melalui JHEP IPGK tidak akan dilayan.  

Sekian, harap maklum. 


Penyelaras PPG
IPGKSAH
HP: 019-4588722 / 010-3965959
E-MAIL: tajudin5225@yahoo.com